27 September 2011 | By: cikgu mazni

Masanya Untuk Memiliki i-Series 22K

Harga RUNTUH!!!!!! Miliki sekarang.....


Cuba anda bandingkan harga TERKINI berbanding harga pada minggu lepas... Berbeza memang berbeza!!!! Jangan bertangguh lagi!!



Sebagai contoh:

Perbezaan harga terkini untuk i-Series 20g lebih murah sebanyak RM347.00 (RM3713.00 - RM3366.00 = RM347.00)......

REBUT PELUANG KEEMASAN INI.....


Kelebihan I-Series:

  • Berketulenan 22 karat (Gred 916)
  • Spread cuma 10% terendah di Malaysia. Biasanya spread di kedai sekitar 25 – 40%.
  • Guaranteed buy back oleh Public Gold
  • Harga mengikut harga semasa dunia (refer di website saya di sebelah kanan)
  • Harga lebih murah dari pasaran (refer harga pasaran di www.fgjam.org.my)

Jadi jika anda berminat untuk membeli emas “I-Series” ini anda boleh menghubungi saya segera di talian 012-6103619 @ 012-6264390 sekarang!~
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
07 September 2011 | By: cikgu mazni

Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas Public Gold

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.

Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.

Tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Diantara tips-tips tersebut adalah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.

Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.

Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.

Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.

Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).

Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).

Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.

p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.

Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)

Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)

Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.

Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.

Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.

Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.

Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!

Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.

Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.Memang menguntungkan.

Keistimewaan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:

1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon saya 012-6103619
3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
06 September 2011 | By: cikgu mazni

Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan emas yang menguntungkan?”


Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).

Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.
Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.

Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai "Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas".

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas:
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya
2. Kelebihan dari segi zakat emas
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO