Memaparkan catatan dengan label Laporan Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan Emas. Papar semua catatan
20 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Dr. Mahathir : Simpanlah Emas Berbanding Mata Wang

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia. Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Sumber : Utusan online
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Dinar emas lebih baik - HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.

“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumber : Klik di sini
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO