03 Januari 2013 | By: cikgu mazni

STRATEGI PELABURAN EMAS 2013



Langkah demi langkah menuju puncak 2013....


1. Buat belian kali – 1 dengan mula beli emas sekarang iaitu pada harga sekitar $1650-1660 Dollar per oz.
2. Jika selepas anda beli harga terus naik ke paras sekitar $1900 dollar per oz (Anak panah sebelah atas), anda boleh jual kembali kepada Public Gold dan raih keuntungan bersih sekitar 7-8%.
3. Jika selepas anda beli harga turun lagi ke paras harga sekitar $1550 dollar per oz, buat belian kali ke – 2, samaada menggunakan modal tambahan yang baru ATAU dengan cara menggadaikan Emas belian – 1 tadi dan gunakan tunai dari gadaian itu untuk membeli emas kali ke – 2.
4. Jika selepas belian kali ke -2 harga terus naik ke paras sekitar $1800 dollar per oz (Anak panah sebelah bawah), anda boleh jual segera Emas yang dibeli kali ke – 2 tadi dengan keuntungan sekitar 5-6%.
5. Selepas jual belian ke – 2, sila tebus kembali emas yang dibeli kali – 1 tadi dan pegang di tangan serta perhatikan pergerakan harga Emas seterusnya.

Harga emas pada awal 2013



Sumber : pelaburjutawan
27 September 2011 | By: cikgu mazni

Masanya Untuk Memiliki i-Series 22K

Harga RUNTUH!!!!!! Miliki sekarang.....


Cuba anda bandingkan harga TERKINI berbanding harga pada minggu lepas... Berbeza memang berbeza!!!! Jangan bertangguh lagi!!



Sebagai contoh:

Perbezaan harga terkini untuk i-Series 20g lebih murah sebanyak RM347.00 (RM3713.00 - RM3366.00 = RM347.00)......

REBUT PELUANG KEEMASAN INI.....


Kelebihan I-Series:

  • Berketulenan 22 karat (Gred 916)
  • Spread cuma 10% terendah di Malaysia. Biasanya spread di kedai sekitar 25 – 40%.
  • Guaranteed buy back oleh Public Gold
  • Harga mengikut harga semasa dunia (refer di website saya di sebelah kanan)
  • Harga lebih murah dari pasaran (refer harga pasaran di www.fgjam.org.my)

Jadi jika anda berminat untuk membeli emas “I-Series” ini anda boleh menghubungi saya segera di talian 012-6103619 @ 012-6264390 sekarang!~
07 September 2011 | By: cikgu mazni

Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas Public Gold

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.

Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan… iaitu…

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.

Tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Diantara tips-tips tersebut adalah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my)

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.

Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.

Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.

Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.

Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).

Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).

Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.

p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.

Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)

Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)

Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.

Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.

Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold.

Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.

Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!

Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.

Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.Memang menguntungkan.

Keistimewaan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:

1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon saya 012-6103619
3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.
06 September 2011 | By: cikgu mazni

Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan emas yang menguntungkan?”


Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).

Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.
Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.

Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai "Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas".

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas:
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya
2. Kelebihan dari segi zakat emas
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
11 Ogos 2011 | By: cikgu mazni

Rantai Emas "i-Series"


Pada 19 julai 2011 yang lalu Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Series yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.

Pembelian rantai emas i-Series ini boleh melalui online atau pun pesan terus dari saya di talian 012-6103619 @ 012-6264390 pada harga yang ditetapkan mengikut harga emas semasa yang berubah setiap 20 minit.

Pemilik rantai emas 'i-Series' ini pasti akan berpuas hati kerana jika anda ingin menjual balik emas ini kepada public gold, syarikat hanya akan menolak 10% daripada nilai semasa. Ini pastinya kadar yang terendah jika dibandingkan dengan menjual kepada pihak kedai-kedai emas yang lain dimana mereka membeli balik emas dengan kadar susut nilai 15% - 25% dari nilai semasa.

Anda boleh membeli rantai emas ini untuk orang tersayang atau beli dan jadikan sebagai pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan kerana harga emas sentiasa naik setiap tahun. Anda juga tidak perlu risau jika terdesak dalam urusan kewangan kerana dengan mudah anda boleh menggadaikan barang kemas ini secara Ar-Rahnu di bank seperti di Bank rakyat @ Agro Bank.

Oleh itu... jangan berlengah lagi!! Bertindaklah sekarang sebelum harga emas naik dan terus naik lebih tinggi lagi! Untuk melihat harga bagi produk ini boleh klik di sini
15 Jun 2011 | By: cikgu mazni

Emas Sebagai Simbol Kejayaan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan. Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.

Sebagai contoh.... "Pingat emas sukan Olimpik"


Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas.

Tidak kiralah emas betul ke atau pun plastik celup warna emas ke, orang tetap panggil pingat emas

Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat!!!

Fakta Piala Dunia FIFA.

1. Ia diperbuat daripada emas 18 Karat
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).

Cuba bayangkan diri anda menjulang emas seberat 5 kilo. Pasti anda  akan teruja dan rasa sangat luar biasa.

Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri.
Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.

Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:


Maksud ayat: "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"  (Surah Al-Hajj:23)

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.

Sudah pasti kita inginkan syurga bukan?


Gambar gelang emas di dunia dapat kita bayangkan. Gelang emas di akhirat kita tak tahu bagaimana rupanya. Yang pasti, ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.

Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Jika anda berjaya di dunia – Anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas
Jika anda berjaya masuk ke syurga – Anda mendapat hadiah gelang emas.

Sebab itulah saya sukakan emas.

Ia menyebabkan saya rasa kaya dan berjaya.

Emas menyebabkan pemiliknya berasa kaya dan berjaya.

Kesimpulan.....

1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.

2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.

3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga.

4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas atas kertas (Maybank GSPA atau Public Bank GIA). Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Buatlah pilihan anda sekarang.

EMAS = BELI EMAS , SIMPAN EMAS, BERNIAGA EMAS

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan Emas Public Gold atau ingin membeli emas, sila hubungi saya di : 012-6103619