25 Februari 2011 | By: cikgu mazni

Keuntungan Menyimpan Emas Public Gold

Beli emas... Simpan emas... Ada Untung kasi jualllll....

Mari sama-sama kita tengok bagaimana pelaburan emas mendapat keuntungan melebihi 30% hanya dalam tempoh 18 bulan sahaja. Tidak perlu  nak buat ape-ape kat emas ketul tuuu.... Anda hanya beli dan simpan sahaja!!!  Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaa.....



PENGIRAAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS :
{Pelaburan emas selepas setahun setengah (18 bulan sahaja)} :

Keuntungan pelaburan emas (gold bar 20g): 

Harga semasa beli (selling price) = rm2276
Jika jual sekarang (We Buy) = rm2973
Keuntungan bersih : rm 697

Cuba bayangkan pada 23/08/2009 itu anda telah membeli sebanyak
10 ketul emas 20g :
Keuntungan : 10 x rm 697 = rm6970

Keuntungan pelaburan emas (gold bar 50g):

Harga semasa beli (selling price) = rm5664
Jika jual sekarang (We Buy) = rm7439
Keuntungan bersih : rm1775

Cuba bayangkan pada 23/08/2009 itu anda telah membeli sebanyak
10 ketul emas 50g :
Keuntungan : 10 x rm 1775 = rm 17 750

Keuntungan pelaburan emas (gold bar 100g):

Harga semasa beli (selling price) = rm11 275
Jika jual sekarang (We Buy) = rm14 887
Keuntungan bersih : rm 3612

Cuba bayangkan pada 23/08/2009 itu anda telah membeli sebanyak
10 ketul emas 100g :
Keuntungan : 10 x rm 3612 = rm 36 120


"Pak Cik kayo!! Pak Cik Kayo!!!!"
 
Apa tunggu lagi... Bertindaklah sekarang! Hubungi saya 012-6103619

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Harga Emas Terus mencanak - RM4284/auns

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat. Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.

Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.
Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS (Berita harian 22.2.2011)

Buat perbandingan....

Harga emas pada 23/08/2009


Harga emas pada 22/02/2011


Kenaikan sehingga melebihi 38%!!!!! Hanya dalam tempoh 18 bulan sahaja.... Fikir2kanlah! Renong2kanlah!

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
24 Februari 2011 | By: cikgu mazni

Normal Dealer : Mohd Tony Bin Saidi


Saya mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada New Dealer Public Gold iaitu Encik Mohd Tony Bin Saidi dari Batu Pahat, Johor kerana langkah bijak beliau menyertai Rangkaian Emas MAZTULEN. Semoga beliau berjaya melangkah ke hadapan dalam perniagaan emas Public Gold..

Kepada pelabur-pelabur emas di kawasan Batu Pahat, Johor @ Sungai Udang/Masjid Tanah Melaka khasnya , bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan nasihat tentang pelaburan dan perniagaan emas Public Gold dan segala urusan jual beli terus menghubungi Encik Mohd Tony Bin Saidi di talian 012-7871945
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
14 Februari 2011 | By: cikgu mazni

Ar-Rahnu

Definisi dari sudut syarak:

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa:

Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….”

(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU

1. PENGERTIAN

Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”

H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”

Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.

Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman


2. HUKUM

Firman Allah SWT – “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang

(Al-Baqarah : ayat 283)

Dalam sebuah Hadis – “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah Hadis – “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”

(Riwayat Al-Bukhari)

Dalam sebuah Hadis – “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”

(Riwayat Tirmidzi)


3. RUKUN

Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:

i.Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
ii.Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
iii.Barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
iv.Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
v.Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Sumber : - http://arrahnu.org/rahnudef.htm

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
06 Februari 2011 | By: cikgu mazni

Nabi Muhammad Menyuruh Kita Menyimpan Emas & Perak

Sebahagian Coretan Ustaz Zaharuddin....

Emas dan perak tidak salah untuk disimpan. Bagaimana untuk mendapatkannya jika kita nak simpan emas & perak sebagai 'penyimpan nilai' harta & kekayaan kita? Nak pergi melombong sendiri ke? Praktikal nya, lebih senang dibeli shj. Dan kalau ada masa & kudrat lebih, boleh lah sesiapa pergi melombong kat Bukit Ibam, dengarnya banyak emas kat sana. (Dato' Salleh Majid yang bagitau saya).

Dan mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu? Jawapan saya senang, dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad utk kita menyimpan emas & perak. Saya masukkan lagi sekali hadis itu ;

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).

Suka saya tafsirkan hadis di atas (pada fahaman saya lah), "Akan tiba satu zaman" membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, "tiada apa yg tinggal boleh digunakan oleh umat manusia" maksud di sini, tiada apa yg bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, "maka simpanlah dinar & dirham".

Dalam konteks ini dinar refer kepada emas & dirham refer kepada perak. Rasulullah tak kata, maka waktu itu berpusu2 org mencari emas & perak, kerana mungkin bila tiba waktu tersebut, sudah terlambat untuk kita start mencari emas & perak. Oleh itu, Baginda menasihatkan kita semua menyimpannya dari sekarang. Dan cara untuk mendapatkannya sekarang adalah dengan membeli.

Emas adalah untuk jangka masa panjang. Bila saya jual emas, saya tak menggalakkan untuk ia dijual dalam waktu yang singkat, hanya untuk meraih untung pulangannya, dan seterusnya diulang proses beli jual tersebut. Saya menggalakkan orang membeli & menyimpan untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji, kos pendidikan anak2 mahupun kos perkahwinan. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun.

Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 5 atau 10 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang.

Samalah juga kisahnya untuk tujuan berkahwin. Pada ketika kita memerlukan wang itulah, baru kita jual emas yg disimpan tersebut. (itupun jika waktu itu matawang masih dlm RM, jika sudah dalam dinar, gunakan sahaja tanpa perlu di'liquid'kan). Ini kerana, emas mempunyai satu sifat "penyimpan nilai" yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi. Berbanding jika kita menyimpan wang, tak kiralah dalam bentuk RM, atau USD hatta EURO sekalipun, nilainya akan jatuh. Kenapa?

Saya masih ingat, tatkala saya darjah 1 dulu, ayah (arwah) saya cuma beri 50sen untuk belanja sekolah. 20sen saya beli nasi lemak, 10sen air oren, dan baki 20sen lagi samada saya menabung (yang akhirnya selalu ditebuk oleh abang & kakak saya..hehehe) ataupun buat belanja belah petang.

Sekarang, kakak saya bagi duit belanja anaknya ke sekolah RM2.00 paling sedikit. Itu untuk mengenyangkan perut anak buah saya tu. Kenapa tidak sama dengan saya, bagi saja 50sen? Kurus keringlah rasanya dia. (ketika ini, saya termenung sejenak mengenangkan nasib org2 yang kurang kemampuan dlm menanggung anak2..semoga Allah melimpahi mereka dengan rezeki yg lebih).

Nampak kan, betapa jatuhnya nilai ringgit kita? Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing adalah 1 Dinar, dan hari ini tetap harganya 1 Dinar. Kukuhnya janji Allah tentang nilai emas ini. Bayangkan jika ayah2 kita sejak dulu dibayar gajinya dalam emas/dinar, tak akan ada siapa yang merungut tentang inflasi pada zaman sekarang!

Dan saya rasa, kelak jika dinar dijadikan matawang, tak ada sesiapa yang akan menyorokkan emas2 mereka. Buat apa nak disorok, pada ketika itu kita memerlukan emas & perak untuk urusan seharian, dan pada ketika itu menyimpannya sudah tidak praktikal lagi. Dan pada waktu itu juga, saya mungkin sudah tidak menjual emas jongkong/dinar, mungkin hanya barang kemas agaknya. Tengok lah nanti, masih jauh ke depan!

Sekian, Wallahu alam.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
01 Februari 2011 | By: cikgu mazni

Terkini : Cuti Sempena Tahun Baru China

Pengumuman terkini dari pihak Public Gold...

Semua Dealer dan pelanggan Public Gold tidak boleh membuat order bermula dari 2hb Februari sehingga 6hb Februari 2011. Harap maklum!!! Untuk maklumat lanjut sila klik gambar di bawah...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO