06 Februari 2011 | By: cikgu mazni

Nabi Muhammad Menyuruh Kita Menyimpan Emas & Perak

Sebahagian Coretan Ustaz Zaharuddin....

Emas dan perak tidak salah untuk disimpan. Bagaimana untuk mendapatkannya jika kita nak simpan emas & perak sebagai 'penyimpan nilai' harta & kekayaan kita? Nak pergi melombong sendiri ke? Praktikal nya, lebih senang dibeli shj. Dan kalau ada masa & kudrat lebih, boleh lah sesiapa pergi melombong kat Bukit Ibam, dengarnya banyak emas kat sana. (Dato' Salleh Majid yang bagitau saya).

Dan mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu? Jawapan saya senang, dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad utk kita menyimpan emas & perak. Saya masukkan lagi sekali hadis itu ;

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).

Suka saya tafsirkan hadis di atas (pada fahaman saya lah), "Akan tiba satu zaman" membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, "tiada apa yg tinggal boleh digunakan oleh umat manusia" maksud di sini, tiada apa yg bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, "maka simpanlah dinar & dirham".

Dalam konteks ini dinar refer kepada emas & dirham refer kepada perak. Rasulullah tak kata, maka waktu itu berpusu2 org mencari emas & perak, kerana mungkin bila tiba waktu tersebut, sudah terlambat untuk kita start mencari emas & perak. Oleh itu, Baginda menasihatkan kita semua menyimpannya dari sekarang. Dan cara untuk mendapatkannya sekarang adalah dengan membeli.

Emas adalah untuk jangka masa panjang. Bila saya jual emas, saya tak menggalakkan untuk ia dijual dalam waktu yang singkat, hanya untuk meraih untung pulangannya, dan seterusnya diulang proses beli jual tersebut. Saya menggalakkan orang membeli & menyimpan untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji, kos pendidikan anak2 mahupun kos perkahwinan. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun.

Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 5 atau 10 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang.

Samalah juga kisahnya untuk tujuan berkahwin. Pada ketika kita memerlukan wang itulah, baru kita jual emas yg disimpan tersebut. (itupun jika waktu itu matawang masih dlm RM, jika sudah dalam dinar, gunakan sahaja tanpa perlu di'liquid'kan). Ini kerana, emas mempunyai satu sifat "penyimpan nilai" yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi. Berbanding jika kita menyimpan wang, tak kiralah dalam bentuk RM, atau USD hatta EURO sekalipun, nilainya akan jatuh. Kenapa?

Saya masih ingat, tatkala saya darjah 1 dulu, ayah (arwah) saya cuma beri 50sen untuk belanja sekolah. 20sen saya beli nasi lemak, 10sen air oren, dan baki 20sen lagi samada saya menabung (yang akhirnya selalu ditebuk oleh abang & kakak saya..hehehe) ataupun buat belanja belah petang.

Sekarang, kakak saya bagi duit belanja anaknya ke sekolah RM2.00 paling sedikit. Itu untuk mengenyangkan perut anak buah saya tu. Kenapa tidak sama dengan saya, bagi saja 50sen? Kurus keringlah rasanya dia. (ketika ini, saya termenung sejenak mengenangkan nasib org2 yang kurang kemampuan dlm menanggung anak2..semoga Allah melimpahi mereka dengan rezeki yg lebih).

Nampak kan, betapa jatuhnya nilai ringgit kita? Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing adalah 1 Dinar, dan hari ini tetap harganya 1 Dinar. Kukuhnya janji Allah tentang nilai emas ini. Bayangkan jika ayah2 kita sejak dulu dibayar gajinya dalam emas/dinar, tak akan ada siapa yang merungut tentang inflasi pada zaman sekarang!

Dan saya rasa, kelak jika dinar dijadikan matawang, tak ada sesiapa yang akan menyorokkan emas2 mereka. Buat apa nak disorok, pada ketika itu kita memerlukan emas & perak untuk urusan seharian, dan pada ketika itu menyimpannya sudah tidak praktikal lagi. Dan pada waktu itu juga, saya mungkin sudah tidak menjual emas jongkong/dinar, mungkin hanya barang kemas agaknya. Tengok lah nanti, masih jauh ke depan!

Sekian, Wallahu alam.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan