17 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Harga Emas Berombak Awal 2011


Harga emas nampaknya cukup bergelora pada awal tahun 2011 ini. Ini menjadikan pemikiran kita sebagai pembeli dan pelabur emas turut berkecamuk bak ombak membelah pantai....

Namun pada hakikat sebenarnya, jika anda ingin berdampingan dengan emas, samada sebagai peniaga emas atau pelabur emas, maka kita perlu memiliki minda yang sentiasa terbuka tentang turun-naik harga emas... Minda Emas!!!

Memiliki 'Minda Emas' bermakna kita sentiasa mempersiapkan minda atau pemikiran kita yang betul iaitu keuntungan membeli dan menyimpan emas atau pun menjalankan perniagaan emas adalah lebih kepada keuntungan jangkamasa panjang.

Kenaikan sesuatu harga adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi ke atas barangan itu, manakala penurunannya pula adalah di sebabkan penawaran yang tinggi, atau dalam bahasa mudahnya terlalu ramai orang yang nak jual.

Apabila fenomena seperti ini berlaku, maka akan berlaku ketidakseimbangan diantara penawaran dan permintaan, sekaligus menyebabkan pergerakan kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang itu.
Itulah apa yang berlaku kepada pasaran emas ketika ini, umum mengetahui harga emas akan sentiasa naik, memang benar kerana nisbah pergerakan atau pun "Trend" untuk komoditi ini ialah 70:30 (70% kenaikan, 30% penurunan), tetapi itu adalah untuk jangkamasa panjang.

Untuk itu anda tidak perlu risau dengan alunan ombak harga emas ketika ini. Ini kerana harga emas akan naik sepanjang tahun 2011 ini hingga ke paras USD1500.00 per oz. Ini bukan saya yang kata, tetapi kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang tokoh emas... Taiko Poh Kong sendiri yang kata... Buktinya...


"Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini", kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

Untuk maklumat lanjut klik di sini

Bak kata pujangga....

"Kalau tak berani di lambung ombak... jangan berumah di tepi pantai!!!"

Walau berombak mana sekali pun harga emas ini.... pastinya dalam jangka masa panjang, akan menampakkan keuntungan kepada penyimpan dan pelabur emas.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
15 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Kos Pengangkutan Di Luar Penang

Ada pengunjung bolg ini bertanyakan tentang perbezaan harga barangan keluaran Public Gold di Pulau Pinang berbanding dengan di luar dari Pulau Pinang. Pada hakikatnya tiada perbezaan harga hanya di luar Pulau Pinang dikenakan kos pengangkutan.

Untuk itu harga siling setiap item yang hendak dibeli dicampurkan dengan kos pengangkutan. Sebagai contoh anda memesan Gold bar 20g sebanyak 2 keping maka kos pengangkutan adalah RM10 x 2 = RM20.00. Anda perlu membayar RM3084 x 2 = RM6168 campur dengan kos pengangkutan tadi dan jumlah yang perlu dibayar adalah = RM6188.00 sahaja.

Berikut adalah senarai  item-item beserta dengan kos penangkutan yang dikenakan oleh pihak Public Gold :


CODE
Description
Weight
Selling Price (RM)
Transportation Cost for West Malaysia (RM)
PGBG0020
Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
20 Grams
3,084.00
10.00
PGBG0050
Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
50 Grams
7,674.00
20.00
PGBG0100
Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
100 Grams
15,276.00
30.00
PGBG0250
Public Gold Bullion Bar 250g (Au 999.9)
250 Grams
38,010.00
50.00
PGCG050
Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
50 Grams
7,674.00
20.00
PGCD001
Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
1 Dinar
637.00
0.00
PGCD005
Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
5 Dinar
3,172.00
0.00
PGCD010
Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)
10 Dinar
6,316.00
0.00
PGBG0020
Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
20 Grams
3,084.00
10.00
PGBG0050
Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
50 Grams
7,674.00
20.00
PGBG0100
Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
100 Grams
15,276.00
30.00
PGBG0250
Public Gold Bullion Bar 250g (Au 999.9)
250 Grams
38,010.00
50.00
PSBG0250
Public Silver Bar 250g (Ag 999)
250 Grams
941.00
20.00
PSBG0500
Public Silver Bar 500g (Ag 999)
500 Grams
1,882.00
30.00
PSBG1000
Public Silver Bar 1000g (Ag 999)
1000 Grams
3,764.00
30.00

Untuk makluman bahawa kilang operasi Public Gold terletak di Pulau Pinang. Keterangan lebih lanjut boleh mengunjungi laman web Public Gold. 

Semoga entri kali ini dapat membantu rakan-rakan yang masih kurang jelas dengan maksud harga 'Ex Penang'.

Harga siling di atas adalah merujuk : Last updated 15/01/11 6:10 PM
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Negara China Mula Mengumpul dan Membeli Emas

Negara China adalah pemegang US Dollar terbesar, sejak beberapa tahun terakhir ini mulai khuwatir akan menurunnya daya beli aset mereka yang berupa US Dollar tersebut. Atas dasar kebimbangan inilah China terus menukar pergantungannya dengan US Dollars, mereka kini aktif membeli mata wang negara lain selain AS, seperti Jepun, Thailand, Korea bahkan beberapa negara Latin.

Kerajaan China dan syarikat-syarikat negaranya juga mulai mengumpulkan aset fizikal (Aset Real) daripada menyimpan wang. Di antara yang mereka kumpulkan adalah emas, biji besi, gas, batubara dan sandaran kayu dari hutan-hutan di Guyana.

Apabila nilai US Dollar terus mengalami penurunan atau suatu masa nanti berlakunya kehilangan nilai US Dollar, maka Negara China lah yang paling siap menghadapinya.

Negara itu juga sudah mendorong dan memudahkan rakyatnya untuk menyimpan aset dalam bentuk emas. Paling tidak langkah China ini pasti menggembirakan rakyatnya kerana tahun kebelakangan ini rakyat China yang memindahkan tabungannya dari wang kepada emas mengalami keuntungan yang berlipat ganda.

So... Anda bila lagi.... Bertindaklah sekarang!!! Simpanlah emas untuk masa depan Anda dan jadikanlah separuh simpanan anda dalam bentuk emas untuk mengelak dari susut nilai dan di telan inflasi.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
14 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Kelebihan Emas Berbanding Wang Kertas

Di tengah perang mata wang muncul idea untuk menjadikan emas semula sebagai sandaran mata wang. Di tengah kepanikan dunia atas 'perang mata wang' dan kian rapuhnya sistem riba, perbankan dan wang kertas, Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, akhirnya bicara secara jujur tentang emas. Dia pun bahkan mencadangkan kepada negara-negara G-20 agar kembali menggunakan emas sebagai sandaran nilai-nilai mata wang dunia.


FOTO:
Walaupun kanak-kanak itu membawa wang yang begitu banyak di jalanan tetapi tiada siapa yang ingin merompak...kerana wang kertas tidak laku dan nilainya kecil sahaja

Kelabihan matawang emas dan dinar diakui sejak zaman berzaman.....

1 dinar masa zaman Nabi Muhammad s.a.w boleh membeli seekor kambing. Realiti ini telah menjadi nyata pada masa sekarang kerana 1 dinar sekarang bersamaan dengan RM652.

Walaupun zaman telah berlalu 1400 tahun yang lalu tetapi nilai 1 dinar tetap teguh dan tidak akan susut nilai jika di bandingkan dengan wang kertas yang di simpan 1400 tahun yang lalu....bahkan ianya tidak akan laku jika di gunakan untuk membeli barang pada masa sekarang.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
06 Januari 2011 | By: cikgu mazni

SIMPAN 1 DINAR SETIAP BULAN

Pasti para pembaca sedia maklum mengenai dinar. Bagi yang belum tahu atau belum pasti, Dinar ialah emas berbentuk seperti duit syiling dengan ketulenan 91.6 % emas atau 22k dan mempunyai berat 4.25 gram.

Untuk melihat dinar emas klik di sini.

Walaupun harga emas tidak tetap iaitu turun dan naik tetapi itu bukanlah penghalang kepada para pelabur untuk tidak menyimpan atau menabung dalam bentuk emas. Ini kerana emas adalah pelaburan alternatif dan ianya merupakan pelaburan yang paling selamat dan sejarah membuktikan bahawa harga emas kalis inflasi semenjak 1400 tahun dahulu lagi.

Sekiranya para pembaca yang mampu untuk menabung RM500 hingga RM700 secara tetap setiap bulan, bertukarlah kepada pelaburan dalam bentuk DINAR EMAS. Cuba bayangkan menyimpan secara tetap dalam bentuk dinar emas ini setiap bulan, para pelabur akan dapat mengumpul 12 dinar setiap tahun dan puratakan harga untuk 1 dinar (kerana harga 1 dinar berubah setiap masa). Pada tahun 2020, insyaAllah harga untuk sekeping 1 dinar ialah RM1758. Jika bermula pada masa sekarang (06/01/2011) iaitu RM649. Cuba bayangkan harga 1 dinar dalam 10 tahun kemudian…

Sila lihat contoh harga 1 dinar pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang seterusnya hingga ke tahun 2020:


Andaian kenaikan harga emas sebanyak 20% setahun bagi 1 dinar dengan rekod harga 1 dinar pd awal 2010 RM586

Bagi yang tidak mampu mengumpul 1 dinar 1 bulan..Tak mengapa..Ikut kemampuan anda & cubalah mengumpul dinar emas sekurang-kurangnya 2 dinar setahun. Harus diingat bahawa emas adalah kalis inflasi dan peranannya yang sebenar selain sebagai pelaburan ialah perlindungan kepada kekayaan kita kerana emas merupakan pemegang nilai yang unggul.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
03 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas

Petang tadi semasa saya singgah di sebuah kedai untuk menempah ‘rubber stamp’, pemilik kedai seorang perempuan yang kebetulan melihat perkataan ‘Dealer Emas’ berminat nak tau pasal pelaburan emas. “Saya pernah dengar pasal emas nie, tapi tak tau laa kaedah pelaburan dia”....

Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas. Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana. Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram / skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.

Memang ramai orang bertanya kepada saya, bagaimana nak memulakan langkah pertama di dalam pelaburan emas ni.

Caranya mudah saja... beli emas!!!

Ya! memang itulah permulaan kepada asegala-galanya... saya sendiri bermula dengan membeli emas dan selepas itu baru mencari ilmu pasal pelaburan emas.

Pada hakikatnya..pelaburan emas berbeza dengan pelaburan-pelaburan dalam Bond, Blue Chip dan Instrumen-instrumen lain... Pelaburan emas memerlukan anda beli dulu, kemudian "Hold", atau istilahnya "Pegang" dan nantikan untuk langkah seterusnya.

Ape langkah seterusnya?

Saya akan cuba huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas dengan kaedah yang cukup mudah....

1. Sediakan diri dengan ilmu tentang emas. (ilmu boleh dipelajari melalui blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengalaman )

2. Kongsi peluang pelaburan emas dengan rakan - Di sini apabila berlaku kenaikan harga emas, anda dah boleh jual pada mereka dengan harga jual seperti yang tertera di blog ini! bermakna anda dah untung retail price!!

3. Jika harga emas turun - Pajakkan emas tersebut di Ar-Rahnu (Agro Bank), anda akan dapat 70% pinjaman tunai!! Emas tu bank yang simpankan so kenalah bayah upah simpan (Biasanya 0.6% s- 0.77% sebulan) . Selepas itu apabila harga akan naik, beli lagi emas untuk kali kedua ketika harganya rendah. Bila harga naik melebihi harga emas yang anda beli mula-mula tadi, jual emas tersebut, ambik keuntungannya, dan modal asal tebus semula emas yang pertama di Ar-Rahnu!! dan terus ulangi langkah 1 dan 2!! Peningkan... Kena tuntut ilmu pajak emas nie... Tunggu entri yang akan datang.

4. Dan langkah seterusnya, nak tak nak kena tambah ilmu pasal pelaburan emas nie. Bila anda ada ilmu, anda akan lebih tahu teknik @ kaedah yang mana boleh memberi keuntungan yang lebih tinggi. Tu namanya ‘manipulasi pelaburan emas’.

5. Seterusnya , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa terutamanya tentang harga emas. Kalau boleh pelajari tentang analisis teknikal pasaran emas... Bila time harga jatuh dan time bila dia nak naik harga.

6. Akhir sekali, paling mudah simpan emas dan bila dah sampai target keuntungan, jual je emas tu. Sekurang-kurangnya setahun sekali tengok prestasi kenaikan harga emas!! Pasti ada kenaikan dan yang pastinya trend sekarang ini... harga emas tak pernah turun (pelaburan jangka sederhana @ panjang).

Nah, senang bukan?? Ini hanya langkah asas, untuk langkah yang lebih "Advance" tentang bagaimana untuk generate aset pelaburan sehingga 5-6 kali ganda dari modal asal anda, sila teruskan setia di blog ini!!

Seperkara lagi, tiada waktu yang spesifik digalakkan untuk membeli emas, kerana bila-bila masa sahaaj anda boleh membeli emas.

Sebab?? Kalau harga naik anda untung, kalu harga turun anda 2 kali untung!!

Sememangnya melabur dalam emas ni cukup mudah dan simple, cukup dengan BELI SIMPAN JUAL tak payah lah nak memeningkan kepala dengan nak menyusun strategi la, nak susun prospek la dan macam-macam lagi.

Untuk keterangan lanjut, hubungi kami....

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
01 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Untuk pengetahuan anda semua,  terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau
akaun simpanan emas?

Jawapan saya....

BELI EMAS FIZIKAL!!!

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik. Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak.

Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.

Berbeza dengan akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas

Namun begitu anda boleh menyimpan emas fizikal di mana-mana bank yang menyediakan ‘Safe Deposit Box’. Kaedah ini boleh digunakan jika mempunyai kuantiti emas yang banyak.Apa yang perlu anda lakukan hanya membayar kos sewa setiap tahun.Banyak bank/syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.

Safe Deposit Box bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan emas , malah boleh menyimpan lain-lain dokumen yang penting.Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Safe Deposit Box Maybank , Public Bank , CIMB Bank dan Public Safe


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO