Harga emas nampaknya cukup bergelora pada awal tahun 2011 ini. Ini menjadikan pemikiran kita sebagai pembeli dan pelabur emas turut berkecamuk bak ombak membelah pantai....
Namun pada hakikat sebenarnya, jika anda ingin berdampingan dengan emas, samada sebagai peniaga emas atau pelabur emas, maka kita perlu memiliki minda yang sentiasa terbuka tentang turun-naik harga emas... Minda Emas!!!
Memiliki 'Minda Emas' bermakna kita sentiasa mempersiapkan minda atau pemikiran kita yang betul iaitu keuntungan membeli dan menyimpan emas atau pun menjalankan perniagaan emas adalah lebih kepada keuntungan jangkamasa panjang.
Kenaikan sesuatu harga adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi ke atas barangan itu, manakala penurunannya pula adalah di sebabkan penawaran yang tinggi, atau dalam bahasa mudahnya terlalu ramai orang yang nak jual.
Apabila fenomena seperti ini berlaku, maka akan berlaku ketidakseimbangan diantara penawaran dan permintaan, sekaligus menyebabkan pergerakan kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang itu.
Apabila fenomena seperti ini berlaku, maka akan berlaku ketidakseimbangan diantara penawaran dan permintaan, sekaligus menyebabkan pergerakan kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang itu.
Itulah apa yang berlaku kepada pasaran emas ketika ini, umum mengetahui harga emas akan sentiasa naik, memang benar kerana nisbah pergerakan atau pun "Trend" untuk komoditi ini ialah 70:30 (70% kenaikan, 30% penurunan), tetapi itu adalah untuk jangkamasa panjang.
Untuk itu anda tidak perlu risau dengan alunan ombak harga emas ketika ini. Ini kerana harga emas akan naik sepanjang tahun 2011 ini hingga ke paras USD1500.00 per oz. Ini bukan saya yang kata, tetapi kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang tokoh emas... Taiko Poh Kong sendiri yang kata... Buktinya...
"Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini", kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Untuk maklumat lanjut klik di sini
Bak kata pujangga....
"Kalau tak berani di lambung ombak... jangan berumah di tepi pantai!!!"
Walau berombak mana sekali pun harga emas ini.... pastinya dalam jangka masa panjang, akan menampakkan keuntungan kepada penyimpan dan pelabur emas.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 ulasan:
Catat Ulasan