01 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Untuk pengetahuan anda semua,  terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau
akaun simpanan emas?

Jawapan saya....

BELI EMAS FIZIKAL!!!

Emas fizikal ini banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik. Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak.

Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.

Berbeza dengan akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas

Namun begitu anda boleh menyimpan emas fizikal di mana-mana bank yang menyediakan ‘Safe Deposit Box’. Kaedah ini boleh digunakan jika mempunyai kuantiti emas yang banyak.Apa yang perlu anda lakukan hanya membayar kos sewa setiap tahun.Banyak bank/syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.

Safe Deposit Box bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan emas , malah boleh menyimpan lain-lain dokumen yang penting.Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Safe Deposit Box Maybank , Public Bank , CIMB Bank dan Public Safe


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan