Petang tadi semasa saya singgah di sebuah kedai untuk menempah ‘rubber stamp’, pemilik kedai seorang perempuan yang kebetulan melihat perkataan ‘Dealer Emas’ berminat nak tau pasal pelaburan emas. “Saya pernah dengar pasal emas nie, tapi tak tau laa kaedah pelaburan dia”....
Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas. Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana. Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram / skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.
Memang ramai orang bertanya kepada saya, bagaimana nak memulakan langkah pertama di dalam pelaburan emas ni.
Caranya mudah saja... beli emas!!!
Ya! memang itulah permulaan kepada asegala-galanya... saya sendiri bermula dengan membeli emas dan selepas itu baru mencari ilmu pasal pelaburan emas.
Pada hakikatnya..pelaburan emas berbeza dengan pelaburan-pelaburan dalam Bond, Blue Chip dan Instrumen-instrumen lain... Pelaburan emas memerlukan anda beli dulu, kemudian "Hold", atau istilahnya "Pegang" dan nantikan untuk langkah seterusnya.
Ape langkah seterusnya?
Saya akan cuba huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas dengan kaedah yang cukup mudah....
1. Sediakan diri dengan
ilmu tentang emas. (ilmu boleh dipelajari melalui blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengalaman )
2.
Kongsi peluang pelaburan emas dengan rakan - Di sini apabila berlaku kenaikan harga emas, anda dah boleh jual pada mereka dengan harga jual seperti yang tertera di blog ini! bermakna anda dah untung retail price!!
3. Jika harga emas turun -
Pajakkan emas tersebut di Ar-Rahnu (Agro Bank), anda akan dapat 70% pinjaman tunai!! Emas tu bank yang simpankan so kenalah bayah upah simpan (Biasanya 0.6% s- 0.77% sebulan) . Selepas itu apabila harga akan naik, beli lagi emas untuk kali kedua ketika harganya rendah. Bila harga naik melebihi harga emas yang anda beli mula-mula tadi, jual emas tersebut, ambik keuntungannya, dan modal asal tebus semula emas yang pertama di Ar-Rahnu!! dan terus ulangi langkah 1 dan 2!! Peningkan... Kena tuntut ilmu pajak emas nie... Tunggu entri yang akan datang.
4. Dan langkah seterusnya, nak tak nak kena
tambah ilmu pasal pelaburan emas nie. Bila anda ada ilmu, anda akan lebih tahu teknik @ kaedah yang mana boleh memberi keuntungan yang lebih tinggi. Tu namanya ‘manipulasi pelaburan emas’.
5. Seterusnya , anda perlu sentiasa
mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa terutamanya
tentang harga emas. Kalau boleh pelajari tentang analisis teknikal pasaran emas... Bila time harga jatuh dan time bila dia nak naik harga.
6. Akhir sekali, paling mudah
simpan emas dan bila dah sampai target keuntungan, jual je emas tu. Sekurang-kurangnya setahun sekali tengok prestasi kenaikan harga emas!! Pasti ada kenaikan dan yang pastinya trend sekarang ini... harga emas tak pernah turun
(pelaburan jangka sederhana @ panjang).
Nah, senang bukan?? Ini hanya langkah asas, untuk langkah yang lebih "Advance" tentang bagaimana untuk generate aset pelaburan sehingga 5-6 kali ganda dari modal asal anda, sila teruskan setia di blog ini!!
Seperkara lagi, tiada waktu yang spesifik digalakkan untuk membeli emas, kerana bila-bila masa sahaaj anda boleh membeli emas.
Sebab?? Kalau harga naik anda untung, kalu harga turun anda 2 kali untung!!
Sememangnya melabur dalam emas ni cukup mudah dan simple, cukup dengan
BELI SIMPAN JUAL tak payah lah nak memeningkan kepala dengan nak menyusun strategi la, nak susun prospek la dan macam-macam lagi.
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami....
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO