20 Januari 2011 | By: cikgu mazni

Zakat Emas & Perak

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Firman Allah s.w.t:


Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.


(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu Dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa Yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa Yang kamu simpan itu.ulullah s.a.w:
(Surah At-Taubah: Ayat 34-35)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS

  • Emas Yang Tidak Dipakai

Emas yang tidak dipakai adalah emas yang langsung tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Sekiranya nilai emas yang tidak dipakai menyamai atau melebihi 85 gram emas semasa (nisab = 85 gram). Maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5 % dan tiada 'uruf' didalamnya.

Formula Kiraan
Nilai emas semasa x Jumlah berat emas x 2.5%

  • Emas Yang Dipakai

Emas yang digunakan sama ada sebagai perhiasan atau dipakai adalah tertakluk kepada zakat sekiranya cukup nisab emas yang tidak dipakai (nisab = 200 gram) dan haulnya. Emas yang dipakai secara sekali sekala atau tempoh berterusan dalam tempoh setahun adalah wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata, berlian dan seumpamanya.

Formula Kiraan
Nilai emas semasa x (Jumlah berat emas - 200g) x 2.5%


KIRAAN ZAKAT PERAK

Nisab Perak adalah 595 gram. Apabila timbangan perak yang dimiliki melebihi 595 gram maka zakat ke atasnya perlu dikeluarkan sebanyak 2.5 %.

Formula Kiraan
Nilai perak semasa x Jumlah berat perak x 2.5%

Sumber ; Pusat Zakat Melaka
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan