28 Mac 2011 | By: cikgu mazni

Ketidaktentuan Iklim Dunia… Simpanlah Emas!!

Putaran Tsunami...

Dengan bencana alam dan malapetaka alam sekitar yang melanda di sana sini, jumlah kerugian yang dianggarkan menjangkau billion USD, pasti akan menjejaskan ekonomi dunia. Bencana alam memusnahkan harta benda, mengorbankan nyawa….  Sememangnya ajal maut ditangan yang Maha Esa namun kita perlu sentiasa membuat perancangan yang terbaik. Perancangan untuk melindungi harta anda….

Emas tidak pernah mengecewakan pemiliknya, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini malah emas adalah penyimpan kekayaan sebenar ‘kalis inflasi’.

Pemilikan EMAS sama ada dalam bentuk DINAR mahupun BAR (jongkong) perlu dilihat sebagai alternatif kepada pelaburan-pelaburan lain sama ada simpanan TUNAI, RUMAH dan TANAH. Ini adalah kerana EMAS merupakan logam yang mulia, tidak mudah MUSNAH, TIDAK BERKARAT, sukar terhakis, senang dibawa BERPINDAH ke sana ke mari dan diterima sebagai tukaran oleh semua penduduk dunia.

Kenapa kita tidak beli dan miliki EMAS? Sebahagian dari simpanan @ gaji kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS.. Kenaikan harga EMAS adalah sejajar dengan kenaikan harga barangan yang lain. 

Pemilikan pelaburan EMAS mungkin dapat memberikan ketenangan fikiran dan mengurangkan keserabutan jiwa yang bergelora memikirkan kesan kenaikan harga barang yang tidak menampakan penurunannya….

Apabila anda memiliki pelaburan@ simpanan EMAS, ianya melindungi simpanan kekayaan anda dari kesan INFLASI. Jika anda menyimpan dalam bentuk MATAWANG, kuasa membeli wang tersebut akan semakin mengecil. Tidakkah anda terkesan oleh IMPAK inflasi sekarang ini?

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak rakan-rakan dan taulan, sahabat handai, saudara mara untuk menetapkan pembelian emas sebagai salah satu daripada azam 2011. Sekurang-kurangnya 1 Dinar dalam milikan anda sekarang ini. Tambah simpanan EMAS mengikut peredaran masa… 

Sesungguhnya  tidak menjadi segantang tanpa bermula dengan secupak!!! Tidak menjadi sekilo… tanpa bermula dengan sedinar!!! Tidak mempunyai EMAS tanpa berazam untuk memilikinya!!!!

Pelan tindakan yang perlu diambil...

Langkah Pertama: Mulakan sekarang!! Beli emas sekarang, kemudian baru tunggu harga emas naik.
 
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas pada masa akan datang, anda perlu membeli emas sekarang, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung. Jadi ambil tindakan sekarang!!

Langkah Kedua: Beli emas secara konsisten.. 

Langkah ini perlu dilakukan setelah langkah pertama berjaya dilaksanakan (Every Great Journey Starts With A First Step). Beli emas secara konsisten. Nak senang cerita, anda perlu ada matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan... Contohnya, miliki 1 dinar setiap 3 bulan. Jika dilaksanakan dengan konsisten, dalam masa setahun, anda sudah berjaya menyimpan 4 dinar emas.




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
16 Mac 2011 | By: cikgu mazni

Simpanlah Emas Untuk Anak-anak

Di sini ada satu langkah bijak untuk menyimpan wang untuk kegunaan anak-anak anda di masa hadapan... Jika anak-anak anda masih kecil lagi, mungkin lagi 3 atau 4 tahun akan datang, mereka akan mula bersekolah dan memerlukan perbelanjaan persekolahan...

Mengapa perlunya menyimpan emas untuk masa depan anak-anak dan bukannya wang kertas???? sebab.... Emas mempunyai keistimewaannya tersendiri!!!

Salah satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.

Telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

INGAT!!!!

Simpanan dalam bentuk wang kertas tanpa kita sedari sebenarnya menyusutkan nilainya walaupun setiap bulan kita menambahnya.... Sebab apa? Sebab wang kertas 'dimakan inflasi' (susut nilai). Namun emas kalis infalasi....

Sebagai contoh... Pada zaman Rasulullah untuk membeli seekor kambing, memerlukan 1 dinar emas. Sehingga sekarang pun jika kita ingin membeli seekor kambing juga harganya masih lagi 1 dinar.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”


Apakah alternatif lain untuk simpanan anak-anak yang boleh memberi pulangan yang tinggi untuk masa depan mereka??? Pastinya, simpanlah emas!! Anda boleh tukarkan simpanan wang anak anda itu kepada emas, sama ada dinar emas atau bar emas... Emas kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat.. Kos persekolahan 5 tahun akan datang pasti tidak akan sama dengan kos persekolahan pada masa sekarang.

Jadikan simpanan mereka sebagai satu pelaburan untuk mereka sendiri, untuk anak-anak anda, bukan untuk orang lain... Kalau sekarang anda menyimpan RM600 dalam bank, tahun depan, berapa yang ada dalam bank tu?? Tak banyak pun pertambahan yang akan dinikmati. Jika anda simpan emas??? Sekarang, harga 1 dinar ialah RM654... Setahun dari sekarang, sudah pasti nilainya semakin meningkat, dan tak mustahil nilainya mencecah RM700 dan mungkin lebih lagi... Bukankah itu satu pelaburan yang bijak??? Dari simpan cash money yang nilainya sentiasa dimamah inflasi, lebih baik beli dan simpan emas.. Kalis inflasi...

Ingat, kalau sekarang kos persekolahan anak-anak anda memerlukan RM1000 untuk semua keperluan, lagi 5 tahun akan datang, dengan pertambahan inflasi, mungkin kos memulakan sekolah untuk seorang anak sahaja akan menelan belanja RM1500 atau lebih!! Tu baru sorang anak, kalau ade 3 orang camne?? Kalau ada anak kembar, skali "double" terus nak bersekolah, tak ke pening kepala nak menanggung segala keperluan mereka tu?? Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jangan satu masa kelak, anak-anak menyalahkan ibubapa mereka kerana tidak dapat memberikan mereka pembiayaan pendidikan yang terbaik untuk mereka berjaya....

Renungkan...ini bukan untuk orang lain..ini semua untuk kegunaan anak2 anda juga di masa hadapan...

Tukarlah simpanan "WANG KERTAS' anak-anak anda kepada "EMAS"!!! Pasti tak rugi!!!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Normal Dealer : Azizi Bin Mohd Zain


Saya mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada Normal Dealer Public Gold iaitu Encik Azizi Bin Mohd Zain dari Ayer Keruh, Melaka kerana langkah bijak beliau menyertai Rangkaian EMAZTULEN. Semoga beliau berjaya melangkah ke hadapan dalam perniagaan emas Public Gold..

Kepada pelabur-pelabur emas di kawasan Melaka Tengah, Melaka khasnya , bolehlah menghubungi beliau untuk mendapatkan nasihat tentang pelaburan dan perniagaan emas Public Gold dan segala urusan jual beli terus menghubungi Encik Azizi Bin Mohd Zain di talian  012-9104796 @ 019-6242796
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
08 Mac 2011 | By: cikgu mazni

Menyimpan Emas Sambil Berniaga

Hari ini semakin ramai yang mula terbuka minda mengenai fungsi dan kepentingan menyimpan aset dalam bentuk emas dan perak.Semoga hari esok lebih ramai yang terbuka minda mengenai fungsi dan kepentingan menyimpan aset dalam bentuk emas dan perak.

Dalam entri kali ini saya cuba berkongsi cerita mengenai menyimpan sesuatu produk sambil berniaga. Apakah yang dimaksudkan dengan menyimpan sesuatu produk sambil berniaga. Maksudnya disini , kita menyimpan sesuatu produk untuk kepentingan diri sendiri disamping menjualnya kepada orang lain jika ada permintaan.

Baiklah berdasarkan hujah saya “kita menyimpan sesuatu produk untuk kepentingan diri disamping menjualnya kepada orang lain jika ada permintaan” . Salah satu produk yang boleh diaplikasi menggunakan hujah ini adalah produk emas kerana tidak ada tarikh tamat tempoh, semakin lama simpan semakin tinggi nilainya dan tidak musnah.

Maknanya disini , kalau emas yang kita miliki tidak terjual sekali pun kita tidak akan rugi kerana “emas yang kita miliki dianggap sebagai simpanan untuk masa depan“. Namun begitu, sebagai seorang peniaga emas/tokei emas/dealer emas kita seharusnya membuat jualan bagi meningkatkan lagi keuntungan.

Untuk itu saya menyeru anda di luar sana, “Jadikan 20K Saving Anda Sambil Berniaga Emas”. Untuk makluman semua , Public Gold telah membuka peluang kepada yang berminat untuk menjadi New Dealer dengan modal RM20K sahaja. Anda boleh membeli emas yang bernilai RM20k dari jenis gold bar atau dinar. Untuk produk Public Gold anda boleh klik di sini.

Ramai yang menghubungi saya “susah nak jual emas kerana harganya mahal” . Memang betul harga emas mahal dan akan terus “meningkat mahalnya” . Tapi yang hairannya mengapa kedai emas semakin banyak dan tidak pernah tutup walaupun pengunjungnya tidak seperti pasaraya. Bagi peniaga emas yang mempunyai kedai emas “reka bentuk yang terkini dan cantik” dijadikan senjata untuk memikat hati pembeli.

Bagi peniaga emas pelaburan , pastikan anda memberi penerangan tentang fungsi dan kepentingan menyimpan emas. Bila mereka faham tentang fungsi dan kepentingan menyimpan emas , InsyaAllah mereka akan menghubungi anda untuk membeli emas jika mereka mempunyai modal. Ingatlah perniagaan emas bukan skim cepat kaya , anda tidak akan jadi jutawan dalam sekelip mata .

Jika anda berminat untuk membeli emas keluaran Public Gold boleh menghubungi saya atau dealer-dealer rangkaian Emaztulen. Kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan emas, bolehlah hubungi saya di talian 012-6103619 @ 012-6264390.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
03 Mac 2011 | By: cikgu mazni

BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN..

BUKAN UNTUK DIPAJAK SEMATA-MATA.....

Baru-baru ini saya ada seorang customer yang membeli 2 gold bar 20g. Kami bertemu di hadapan Agro Bank Melaka kerana beliau ingin menggadaikan emas tersebut melalui Ar-Rahnu. Sebelum ini saya telah bertanya kepada beliau apakah tujuan sebenar memajak emas di Ar-Rahnu? Beliau menjawab malas nak simpan emas. 

Pada hakikatnya, pegangan emas fizikal sebaik-baiknya dijadikan simpanan dan bukannya semata-mata digadai/dipajak.

Emas boleh dipajak tetapi dengan tujuan tertentu seperti membuat pelaburan, menambah modal perniagaan atau tambah pegangan emas dan sebagainya.

Pengetahuan tentang pajak gadai sahaja tidak cukup jika tiada pengalaman memajak gadai emas itu sendiri. Pengetahuan hendaklah seiring dengan pengalaman. Belajar pajak emas juga mengambil masa bukannya sekali pajak kita faham segala-galanya tentang pajak.

Teknik pajak gadai sangat berguna kepada agen-agen public gold sebagai modal pusingan perniagaan.

PAJAK GADAI / AR-RAHNU

ArRahnu adalah sistem pajak gadai Islam dimana seseorang mencagarkan emas untuk mendapatkan tunai sebagai pinjaman.

Jumlah pinjaman adalah 65%-70% daripada nilai semasa emas yang digadai. (Nilai marhun). Tempoh pinjaman adalah selama 6 bulan dan peminjam dikenakan 'upah simpan' yang berpatutan.

Sekiranya peminjam gagal menebus emas / menyelesaikan pinjaman tadi, emas tadi akan dilelong oleh ArRahnu.

Oleh itu anda perlu membuat keputusan yang bijak selepas membeli emas fizikal. Adakah ada keperluan untuk di pajak di Ar-Rahnu atau beli emas sebagai simpanan dan dalam masa yang sama sebenarnya anda sedang melabur seiring dengan peredaran masa yang menjanjikan kenaikan harga emas.

Tepuk dada... jangan asyik tanya selera........ Bahaya!!!

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Stock Collection Notice (March 2011)

Announcement!!!

With effect from 21st Feb 2011, customer MUST proceed with full payment upon booking and the 10% of booking payment is not allowed with immediate effect. The collection period of stock will be fixed at 3-5 days from the purchase order date. Customer are encouraged to collect the stock based on the date that stated on the Stock Collection Notice. 
 

Stock Collection Notice (Mar 2011)

Customers are advised to call our branches for stock reservation and collection based on the schedule below:
Gold Product (999.9 Gold Bar & Coins)

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st – 31st Mar 2011
5 days from the Purchase Order Date
Gold Product (916 Gold Dinar Coins)

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st – 31st Mar 2011
3 days from the Purchase Order Date
Silver Product

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st – 31st Mar 2011
3 days from the Purchase Order Date

Note :
i) Customers MUST call our branch for stock reservation before any collection.
ii) Due to the security reason, Stock Collection only allowed during office hours, all collection after 7pm will not be entertained.
iii) Customer MUST made full payment before stock collection, no deposit of 10% will allowed after 21st Feb 2011.
iv) Original bank-in slip MUST be provided upon stock collection.
v) New Dealers are advised to get familiar with the stock collection method and don't hesitate to seek for the assistance from their Master Dealer if they have any doubt.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO