Mengapa perlunya menyimpan emas untuk masa depan anak-anak dan bukannya wang kertas???? sebab.... Emas mempunyai keistimewaannya tersendiri!!!
Salah satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.
Telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
INGAT!!!!
Simpanan dalam bentuk wang kertas tanpa kita sedari sebenarnya menyusutkan nilainya walaupun setiap bulan kita menambahnya.... Sebab apa? Sebab wang kertas 'dimakan inflasi' (susut nilai). Namun emas kalis infalasi....
Sebagai contoh... Pada zaman Rasulullah untuk membeli seekor kambing, memerlukan 1 dinar emas. Sehingga sekarang pun jika kita ingin membeli seekor kambing juga harganya masih lagi 1 dinar.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Apakah alternatif lain untuk simpanan anak-anak yang boleh memberi pulangan yang tinggi untuk masa depan mereka??? Pastinya, simpanlah emas!! Anda boleh tukarkan simpanan wang anak anda itu kepada emas, sama ada dinar emas atau bar emas... Emas kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat.. Kos persekolahan 5 tahun akan datang pasti tidak akan sama dengan kos persekolahan pada masa sekarang.
Jadikan simpanan mereka sebagai satu pelaburan untuk mereka sendiri, untuk anak-anak anda, bukan untuk orang lain... Kalau sekarang anda menyimpan RM600 dalam bank, tahun depan, berapa yang ada dalam bank tu?? Tak banyak pun pertambahan yang akan dinikmati. Jika anda simpan emas??? Sekarang, harga 1 dinar ialah RM654... Setahun dari sekarang, sudah pasti nilainya semakin meningkat, dan tak mustahil nilainya mencecah RM700 dan mungkin lebih lagi... Bukankah itu satu pelaburan yang bijak??? Dari simpan cash money yang nilainya sentiasa dimamah inflasi, lebih baik beli dan simpan emas.. Kalis inflasi...
Ingat, kalau sekarang kos persekolahan anak-anak anda memerlukan RM1000 untuk semua keperluan, lagi 5 tahun akan datang, dengan pertambahan inflasi, mungkin kos memulakan sekolah untuk seorang anak sahaja akan menelan belanja RM1500 atau lebih!! Tu baru sorang anak, kalau ade 3 orang camne?? Kalau ada anak kembar, skali "double" terus nak bersekolah, tak ke pening kepala nak menanggung segala keperluan mereka tu?? Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jangan satu masa kelak, anak-anak menyalahkan ibubapa mereka kerana tidak dapat memberikan mereka pembiayaan pendidikan yang terbaik untuk mereka berjaya....
Renungkan...ini bukan untuk orang lain..ini semua untuk kegunaan anak2 anda juga di masa hadapan...
Tukarlah simpanan "WANG KERTAS' anak-anak anda kepada "EMAS"!!! Pasti tak rugi!!!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 ulasan:
Catat Ulasan