Dengan bencana alam dan malapetaka alam sekitar yang melanda di sana sini, jumlah kerugian yang dianggarkan menjangkau billion USD, pasti akan menjejaskan ekonomi dunia. Bencana alam memusnahkan harta benda, mengorbankan nyawa…. Sememangnya ajal maut ditangan yang Maha Esa namun kita perlu sentiasa membuat perancangan yang terbaik. Perancangan untuk melindungi harta anda….
Emas tidak pernah mengecewakan pemiliknya, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini malah emas adalah penyimpan kekayaan sebenar ‘kalis inflasi’.
Pemilikan EMAS sama ada dalam bentuk DINAR mahupun BAR (jongkong) perlu dilihat sebagai alternatif kepada pelaburan-pelaburan lain sama ada simpanan TUNAI, RUMAH dan TANAH. Ini adalah kerana EMAS merupakan logam yang mulia, tidak mudah MUSNAH, TIDAK BERKARAT, sukar terhakis, senang dibawa BERPINDAH ke sana ke mari dan diterima sebagai tukaran oleh semua penduduk dunia.
Kenapa kita tidak beli dan miliki EMAS? Sebahagian dari simpanan @ gaji kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS.. Kenaikan harga EMAS adalah sejajar dengan kenaikan harga barangan yang lain.
Pemilikan pelaburan EMAS mungkin dapat memberikan ketenangan fikiran dan mengurangkan keserabutan jiwa yang bergelora memikirkan kesan kenaikan harga barang yang tidak menampakan penurunannya….
Apabila anda memiliki pelaburan@ simpanan EMAS, ianya melindungi simpanan kekayaan anda dari kesan INFLASI. Jika anda menyimpan dalam bentuk MATAWANG, kuasa membeli wang tersebut akan semakin mengecil. Tidakkah anda terkesan oleh IMPAK inflasi sekarang ini?
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak rakan-rakan dan taulan, sahabat handai, saudara mara untuk menetapkan pembelian emas sebagai salah satu daripada azam 2011. Sekurang-kurangnya 1 Dinar dalam milikan anda sekarang ini. Tambah simpanan EMAS mengikut peredaran masa…
Sesungguhnya tidak menjadi segantang tanpa bermula dengan secupak!!! Tidak menjadi sekilo… tanpa bermula dengan sedinar!!! Tidak mempunyai EMAS tanpa berazam untuk memilikinya!!!!
Pelan tindakan yang perlu diambil...
Langkah Pertama: Mulakan sekarang!! Beli emas sekarang, kemudian baru tunggu harga emas naik.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas pada masa akan datang, anda perlu membeli emas sekarang, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung. Jadi ambil tindakan sekarang!!
Langkah Kedua: Beli emas secara konsisten..
Langkah ini perlu dilakukan setelah langkah pertama berjaya dilaksanakan (Every Great Journey Starts With A First Step). Beli emas secara konsisten. Nak senang cerita, anda perlu ada matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan... Contohnya, miliki 1 dinar setiap 3 bulan. Jika dilaksanakan dengan konsisten, dalam masa setahun, anda sudah berjaya menyimpan 4 dinar emas.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 ulasan:
Catat Ulasan