BUKAN UNTUK DIPAJAK SEMATA-MATA.....
Baru-baru ini saya ada seorang customer yang membeli 2 gold bar 20g. Kami bertemu di hadapan Agro Bank Melaka kerana beliau ingin menggadaikan emas tersebut melalui Ar-Rahnu. Sebelum ini saya telah bertanya kepada beliau apakah tujuan sebenar memajak emas di Ar-Rahnu? Beliau menjawab malas nak simpan emas.
Pada hakikatnya, pegangan emas fizikal sebaik-baiknya dijadikan simpanan dan bukannya semata-mata digadai/dipajak.
Emas boleh dipajak tetapi dengan tujuan tertentu seperti membuat pelaburan, menambah modal perniagaan atau tambah pegangan emas dan sebagainya.
Pengetahuan tentang pajak gadai sahaja tidak cukup jika tiada pengalaman memajak gadai emas itu sendiri. Pengetahuan hendaklah seiring dengan pengalaman. Belajar pajak emas juga mengambil masa bukannya sekali pajak kita faham segala-galanya tentang pajak.
Teknik pajak gadai sangat berguna kepada agen-agen public gold sebagai modal pusingan perniagaan.
PAJAK GADAI / AR-RAHNU
ArRahnu adalah sistem pajak gadai Islam dimana seseorang mencagarkan emas untuk mendapatkan tunai sebagai pinjaman.
Jumlah pinjaman adalah 65%-70% daripada nilai semasa emas yang digadai. (Nilai marhun). Tempoh pinjaman adalah selama 6 bulan dan peminjam dikenakan 'upah simpan' yang berpatutan.
Sekiranya peminjam gagal menebus emas / menyelesaikan pinjaman tadi, emas tadi akan dilelong oleh ArRahnu.
Oleh itu anda perlu membuat keputusan yang bijak selepas membeli emas fizikal. Adakah ada keperluan untuk di pajak di Ar-Rahnu atau beli emas sebagai simpanan dan dalam masa yang sama sebenarnya anda sedang melabur seiring dengan peredaran masa yang menjanjikan kenaikan harga emas.
Tepuk dada... jangan asyik tanya selera........ Bahaya!!!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 ulasan:
Catat Ulasan