30 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Produk Public Gold

Public Gold adalah jenama nama yang diperkenalkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd (“PFGI”). PFGI dirangka untuk memberi perhatian dalam proses pembelian dan penjualan bar dan syiling Public Gold secara fizikal di pasaran emas.

PFGI beroperasi sepenuhnya dalam proses pertukaran emas termasuk sistem perdagangan secara lebih rapi secara tidak langsung membuka platform dalam sistem teknologi maklumat (IT) bermula di rumah. Pelanggan juga dapat melayari 24 jam sehari dan tempat untuk membeli dan menjual serta tempahan mengikut prosedur pembelian yang dibenarkan.

Public Gold mendapat perakuan daripada Malaysia Book of Record sebagai sebuah syarikat yang pertama di Malaysia yang menyediakan sijil pengeluaran jongkong emas 999.9 yang asli. Public Gold turut menawarkan pusat penyimpanan emas sebagai langkah keselamatan dan lebih penting harga emas yang ditawarkan mengikut harga pasaran emas yang sebenar.

Di bawah ini adalah senarai Jongkong Emas, Syiling Emas dan Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold 

 

Jongkong Emas



pgbg0020.png pgbg0050.png pgbg0100.png pgbg0500.png
 Metal Au Au Au Au
 Berat (g) 20 50 100 500
 Saiz (L x P, mm) 16 x 25 24 x 37 35 x 54 50 x 80
 Ketebalan (mm) 3 3.5 3 6
 Ketulenan 999.9 999.9 999.9 999.9


Syiling Emas



pgcg050.png
 Metal Au
 Berat (g) 50
 Diameter (mm) 38
 Ketebalan (mm) 3
 Ketulenan 999.9

Syiling Dinar Emas



pgcd001.png pgcd005.png pgcd010.png
 Metal Au Au Au
 Berat (g) 4.25 21.25 42.50
 Diameter (mm) 18 32 38
 Ketebalan (mm) 0.72 1.50 2.18
 Ketulenan 916 916 916

 

Jongkong Perak



silverbar1kg.png
 Metal Ag
 Berat (g) 1000
 Saiz (L x P, mm) -
 Ketebalan (mm) -
 Ketulenan 999


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami... Kami sedia membantu. Servis 24 jam!!!

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Bila Nak Mula Membeli Emas

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bagi sesetengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dengan Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, memag patut untuk anda berasa takut untuk membuat dagangan..

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yang spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dalam pelaburan emas fizikal ini. Jika anda terus berpegang dengan konsep seperti itu, saya jamin walau harganya dah mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan untnk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan untnk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan ygan tidak sesuai dengan portfolionya.

kesannya, sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yang cukup tinggi dan tidak akan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
29 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Emas Aset Yang Sangat Cair

Emas adalah aset yang terunggul...

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair.

Dengan memiliki emas dan membuat pelaburan emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi).

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

Menyimpan emas dan membuat pelaburan emas memang menguntungkan....


Sumber : 'Rahsia Pelaburan Emas'
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
28 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.



Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
i. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
ii. Emas tidak boleh dibinasakan.
iii. Tahan lasak.
iv. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
v. Ia sukar diperoleh

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web
www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.

Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

4. Aset yang terunggul

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam
Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka
dengan mudah di negara persinggahan mereka.
 
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini
menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti
kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas... Klik di sini

Sumber e-book 'Menyingkap Rahsia Pelaburan'

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
23 Disember 2010 | By: cikgu mazni

SIMPAN EMAS UNTUK TUNAIKAN HAJI

RM6000 Boleh Tunai Haji...

Haji merupakan Rukun Islam yang ke5 yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Istilah berkemampuan sebenarnya akan menjadi mudah dengan melalui saluran yang bijak.


Saya menggariskan saluran yang bijak kepada semua pembaca. Jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM6000.00 ditangan atau dibank sekarang, sila bertindak dari sekarang. Ikutilah langkah-langkah berikut:

Langkah 1. Daftar Haji dengan Tabung Haji di mana-mana cawangan yang berhampiran atau yang tidak menjadi tumpuan orang ramai. Kalau yang belum ada akaun tabung haji, bukalah terus dan hulurkan RM1300.00 untuk bayaran pendaftaran Jamaah Haji - 5 tahun akan datang. Ini kerana setiap jamaah yang mendaftar hari ini, dijangkakan 5 tahun akan datang baru dipertimbangkan. Begitu juga dengan jamaah haji yang pernah menunaikan haji.

Langkah 2. Baki RM4700 wang ditangan belilah emas (mana-mana emas) atau Bar Public Gold dari dealer yang anda kenali. Contohnya hari ini 10 Disember 2010. Dengan nilai tersebut anda akan dapat memiliki 30gram emas.

Langkah 3. Setelah memiliki emas berkenaan, simpanlah ia dibank atau mana-mana cawangan ar-Rahnu. Simpanlah selama 5 tahun. Ini bermakna tahun 2016 baru boleh berfikir untuk dijual.

Adakah anda mampu tunai haji pada tahun 2017?
Cuba perhatikan cara pengiraannya.
Simpanan Asal          : RM4700.00 (Tahun 2011)
Simpanan Tahun 1    : RM5875.00
Simpanan Tahun 2    : RM7343.75
Simpanan Tahun 3    : RM9179.70
Simpanan Tahun 4    : RM11470.80
Simpanan Tahun 5    : RM14338.50
Jualan Tahun ke 6     : RM17923.10 (Tahun 2017)

ANDAKAH ANDA SUDAH MAMPU TUNAI HAJI. JIKA DITAKDIRKAN TABUNG HAJI MENJEMPUT ANDA MAKA ANDA AKAN BERANGKATLAH TAHUN BERKENAAN MENGADAP ALLAH. Itu baru atas kadar keuntungan 25% setahun. Tetapi keuntungan simpanan emas kebiasaan antara 20 hingga 40% setahun.


Sumber : emasabda.blogspot.com


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
20 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Dr. Mahathir : Simpanlah Emas Berbanding Mata Wang

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia. Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Sumber : Utusan online
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Dinar emas lebih baik - HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.

“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumber : Klik di sini
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
19 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Kenapa Pilih Emas Public Gold

Berkongsi Tips ....

Banyak syarikat dan kedai emas, bank-bank dan sebagainya yang menjual emas keluaran mereka sendiri, tapi mengapa Wak dan isteri memilih untuk membeli emas Public Gold?

Di sini Wak akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan untuk penilaian anda sendiri, yang mana lebih menguntungkan....

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) untuk belian semula dengan kadar terendah sekitar 4-6% sahaja. Berbanding emas yang dijual di kedai emas, mereka akan mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akan mengenakan caj tambahan yang sangat tinggi, contoh di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yang tinggi mengikut berat emas. Contoh PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sedangkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 untuk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas yg dibeli dengan mereka sahaja, dan tidak akan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG tetap membelinya semula kerana mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dengan bank dan kedai emas yang mengupah kepada syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupun ketika bayaran dibuat harganya telah berubah. Contoh sekarang ini harganya rendah, Wak terus lock dan tiba-tiba pada waktu petang harganya melonjak tinggi. Katakan Wak buat bayaran esok, Wak tetap membayar dengan harga yang Wak lock semalam.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yang di update sebulan sekali. Bermakna anda tak boleh mendapatkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yang menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pada 15hb pada bulan berikutnya. Jika anda beli untuk simpan sekalipun dan tak berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kepada anda. Dengan menjadi dealer anda akan dapat 1.5% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bawah anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM300k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yang mana anda akan dapat komisyen tambahan 0.5% daripada belian delaer-dealer di bawah anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok daripada syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kepada 1st come 1st serve. Anda tak boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sebagai upah pengurusan.

10. Emas PG mudah untuk dicagarkan dan tak akan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yang membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

Satu fakta yang Wak mahu anda sedar ialah, membeli barang kemas bukanlah satu pelaburan yang bijak, sebenarnya anda membayar harga yang tinggi untuk berat emas yang sedikit. Barang kemas mempunyai campuran bahan-bahan lain dengan kadar yang tinggi supaya mudah dibentuk dan untuk mencantikkan rekaannya.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Emas... Beli Dulu Baru Ambik Tau

Tanggal 29 Novermber 2010 adalah permulaan Wak tau informasi tentang  pelaburan EMAS Public Gold. Mendengar secara live dari seorang Master Dealer PG. Rasa teruja...

Esoknya Wak terus contact sorang member lecturer di Politeknik Kota Melaka untuk berjumpa, nak tau lebih lanjut bagaimana nak jadi Dealer. Nak jadi Dealer... syarat paling utama kena beli emas minima RM20k. Tanpa berlengah lagi, Wak terus bagi maklumat yang diperlukan untuk 'lock' emas pada jumlah harga RM20K.

Selepas Wak  mempunyai emas di tangan, baru Wak mendalamkan kajian terhadap komoditi ini, dan berpandukan e-book yang member bagi, kini Wak sedang mendalami ilmu Emas... Walau pun Wak rasakan kesedaran tentang 'emas' ini sudah agak terlambat.. tapi lebih baik ambik tau dari langsung tak nak ambik tau..

Wak tetap bersyukur kerana masih lagi diberi hidayah tentang pelaburan Emas ketika ini. Apa yang mahu Wak sampaikan ialah... janganlah menjadi seperti seorang yang konon-kononnya terlalu berhati-hati, terlalu cermat dan banyak merancang, mahu mengkaji dengan teliti sebelum menceburi sesuatu yang baru..

Walhal hakikatnya itu hanyalah alasan anda untuk tidak mahu keluar dari belenggu ciptaan sendiri dan anda juga sebenarnya sedang mengalami kegagalan hasil perancangan yang lalu!!

Masih mengambil sikap tunggu dan lihat..takut memulakan sesuatu dan berbagai-bagai lagi..

Wak agak pesimis dengan individu seperti ini, kerana pada Wak mereka sengaja tidak mahu memajukan kehidupan mereka....

Kerana itu jika Wak menawarkan sesuatu, dan jawapannya "Nantila aku buat kajian dulu, aku belajar dulu, aku tengok dulu", maka Wak tidak akan memberikan tawaran kali kedua...kerana Wak beranggapan ada perkara yang Wak boleh ubah, dan ada perkara yang Wak tidak mampu mengubahnya, dan hakikatnya hanya individu tersebut yang boleh mengubah nasib dirinya...

Jika anda mengkaji sesuatu yang anda tidak ceburi, percayalah... ianya akan terhenti separuh jalan kerana ianya tidak realistik bagi anda dan sudah tentu anda tidak akan mengambil serius, tetapi jika kajian itu dalam bidang yang anda telah ceburi, nescaya anda melakukannya dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya!!


Itulah yang sedang Wak lakukan.... Anda bila lagi!!!

Orang yang berjaya ialah Orang yang melakukan sesuatu, bukan orang yang melihat orang lain melakukan sesuatu...

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
18 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Emas Yang Hilang

Permulaan yang tiada pengakhiran....

Salam untuk semua pengunjung blog ini. Secara rasminya sebuah lagi blog muncul dipersada 'Dunia Tanpa Sempadan' yang berkongsi informasi-informasi berkaitan EMAS....

Semoga kehadiran blog ini akan menyemarakkan lagi dunia EMAS yang kini kian 'panas'!!!




Saya tidak menjual emas, sebaliknya saya hanya menasihatkan anda membeli emas untuk melindungi nilai wang anda dan dalam masa yang sama memberikan anda peluang pelaburan dalam portfolio yang sangat berpotensi dan kurang risiko, ianya adalah Investment Advising.

Dan saya menasihatkan agar anda membeli emas Public Gold disebabkan beberapa faktor seperti spread yang rendah, stok yang sentiasa ada, harga mengikut pasaran semasa dunia dan berbagai-bagai kelebihan lagi berbanding jika anda membeli di tempat lain, dan kelebihan2 tersebut akan memberikan pulangan yang maksima ke atas pelaburan dan sekaligus menggandakan harta yang anda miliki, ini adalah Wealth Advising.

Jika anda tidak mempunyai wang atau mempunyai masalah kewangan untuk mempraktikkan apa yang saya nasihatkan, saya akan membantu anda menstruktur kewangan anda, menyelesaikan masalah kesempitan yang anda alami sehingga anda mampu mempraktikkan apa yang saya ajarkan, dan ini adalah Financial Advising.

Saya hanya sebagai Dealer (Perantara) jika anda mahu berurusniaga bersama Public Gold, kerana bila anda membeli emas daripada saya, saya tidak menjualkn emas kepunyaan saya, tetapi saya akan terus membuat order kepada Public Gold dan berapa jumlah wang yang anda bayar kepada saya, itulah yang saya bayar semula kepada Public Gold!!

Jadi tolong jangan salah faham jika saya berkongsi maklumat kepada anda, saya bukan mahu anda membeli emas daripada saya, saya hanya mahu membantu anda dari segi pelaburan, kewangan dan menggandakan harta milik anda secara percuma!!

Wallahuaalam....
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO