28 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.



Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
i. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
ii. Emas tidak boleh dibinasakan.
iii. Tahan lasak.
iv. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
v. Ia sukar diperoleh

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web
www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.

Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

4. Aset yang terunggul

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam
Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka
dengan mudah di negara persinggahan mereka.
 
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini
menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti
kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas... Klik di sini

Sumber e-book 'Menyingkap Rahsia Pelaburan'

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan