30 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Bila Nak Mula Membeli Emas

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bagi sesetengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dengan Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, memag patut untuk anda berasa takut untuk membuat dagangan..

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yang spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah untuk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dalam pelaburan emas fizikal ini. Jika anda terus berpegang dengan konsep seperti itu, saya jamin walau harganya dah mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, kerana merasakan harganya dah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan untnk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan untnk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan ygan tidak sesuai dengan portfolionya.

kesannya, sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yang cukup tinggi dan tidak akan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamulaikum..saya ingin ber tanya..pelaburan emas fizikal atau pelaburan emas Golden investment account (GIA) lagi baik? tolong state kan kedua-dua pelaburan..boleh?

WAK EM berkata...

Melaburlah Emas dalam bentuk Emas Fizikal,bukan Emas dalam bentuk Akaun Simpanan Emas.Sebabnya Akaun Simpanan Emas tidak boleh dibuat gadaian dan bila anda keluarkan semua duit anda nilai emas anda juga turut hilang. dalam sistem muamalat Islam, syarat membeli emas ialah “beli emas dapat emas” bukannya beli emas dapat buku akaun simpanan

Tunggu entri saya yang akan datang... Akan saya ceritakan serba sedikit kelebihan emas fizikal dgn lbh lanjut...

Semoga dpt membantu..wallahhualam

Catat Ulasan