19 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Kenapa Pilih Emas Public Gold

Berkongsi Tips ....

Banyak syarikat dan kedai emas, bank-bank dan sebagainya yang menjual emas keluaran mereka sendiri, tapi mengapa Wak dan isteri memilih untuk membeli emas Public Gold?

Di sini Wak akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan untuk penilaian anda sendiri, yang mana lebih menguntungkan....

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) untuk belian semula dengan kadar terendah sekitar 4-6% sahaja. Berbanding emas yang dijual di kedai emas, mereka akan mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akan mengenakan caj tambahan yang sangat tinggi, contoh di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yang tinggi mengikut berat emas. Contoh PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sedangkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 untuk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas yg dibeli dengan mereka sahaja, dan tidak akan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG tetap membelinya semula kerana mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dengan bank dan kedai emas yang mengupah kepada syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupun ketika bayaran dibuat harganya telah berubah. Contoh sekarang ini harganya rendah, Wak terus lock dan tiba-tiba pada waktu petang harganya melonjak tinggi. Katakan Wak buat bayaran esok, Wak tetap membayar dengan harga yang Wak lock semalam.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yang di update sebulan sekali. Bermakna anda tak boleh mendapatkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yang menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pada 15hb pada bulan berikutnya. Jika anda beli untuk simpan sekalipun dan tak berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kepada anda. Dengan menjadi dealer anda akan dapat 1.5% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bawah anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM300k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yang mana anda akan dapat komisyen tambahan 0.5% daripada belian delaer-dealer di bawah anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok daripada syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kepada 1st come 1st serve. Anda tak boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sebagai upah pengurusan.

10. Emas PG mudah untuk dicagarkan dan tak akan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yang membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

Satu fakta yang Wak mahu anda sedar ialah, membeli barang kemas bukanlah satu pelaburan yang bijak, sebenarnya anda membayar harga yang tinggi untuk berat emas yang sedikit. Barang kemas mempunyai campuran bahan-bahan lain dengan kadar yang tinggi supaya mudah dibentuk dan untuk mencantikkan rekaannya.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan