19 Disember 2010 | By: cikgu mazni

Emas... Beli Dulu Baru Ambik Tau

Tanggal 29 Novermber 2010 adalah permulaan Wak tau informasi tentang  pelaburan EMAS Public Gold. Mendengar secara live dari seorang Master Dealer PG. Rasa teruja...

Esoknya Wak terus contact sorang member lecturer di Politeknik Kota Melaka untuk berjumpa, nak tau lebih lanjut bagaimana nak jadi Dealer. Nak jadi Dealer... syarat paling utama kena beli emas minima RM20k. Tanpa berlengah lagi, Wak terus bagi maklumat yang diperlukan untuk 'lock' emas pada jumlah harga RM20K.

Selepas Wak  mempunyai emas di tangan, baru Wak mendalamkan kajian terhadap komoditi ini, dan berpandukan e-book yang member bagi, kini Wak sedang mendalami ilmu Emas... Walau pun Wak rasakan kesedaran tentang 'emas' ini sudah agak terlambat.. tapi lebih baik ambik tau dari langsung tak nak ambik tau..

Wak tetap bersyukur kerana masih lagi diberi hidayah tentang pelaburan Emas ketika ini. Apa yang mahu Wak sampaikan ialah... janganlah menjadi seperti seorang yang konon-kononnya terlalu berhati-hati, terlalu cermat dan banyak merancang, mahu mengkaji dengan teliti sebelum menceburi sesuatu yang baru..

Walhal hakikatnya itu hanyalah alasan anda untuk tidak mahu keluar dari belenggu ciptaan sendiri dan anda juga sebenarnya sedang mengalami kegagalan hasil perancangan yang lalu!!

Masih mengambil sikap tunggu dan lihat..takut memulakan sesuatu dan berbagai-bagai lagi..

Wak agak pesimis dengan individu seperti ini, kerana pada Wak mereka sengaja tidak mahu memajukan kehidupan mereka....

Kerana itu jika Wak menawarkan sesuatu, dan jawapannya "Nantila aku buat kajian dulu, aku belajar dulu, aku tengok dulu", maka Wak tidak akan memberikan tawaran kali kedua...kerana Wak beranggapan ada perkara yang Wak boleh ubah, dan ada perkara yang Wak tidak mampu mengubahnya, dan hakikatnya hanya individu tersebut yang boleh mengubah nasib dirinya...

Jika anda mengkaji sesuatu yang anda tidak ceburi, percayalah... ianya akan terhenti separuh jalan kerana ianya tidak realistik bagi anda dan sudah tentu anda tidak akan mengambil serius, tetapi jika kajian itu dalam bidang yang anda telah ceburi, nescaya anda melakukannya dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya!!


Itulah yang sedang Wak lakukan.... Anda bila lagi!!!

Orang yang berjaya ialah Orang yang melakukan sesuatu, bukan orang yang melihat orang lain melakukan sesuatu...

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan